Pages

Friday, October 23, 2009

Retouching

Zaman camera dah digital ni saya lihat ramai sungguh manusia di luar sana tahu menggunakan Adobe Photoshop. Kalau zaman 90an dulu software adobe ni hanya dikenali dikalangan graphic designer je tapi sekarang ini sudah berbeza, kerani kerajaanpun dah tahu menggunakannya. Contoh terbaik sekali isteri saya sendiri. Bukan sahaja photoshop malah sofware lainpun dia tahu sperti Adobe Lightroom. Yang tak bestnya siap ajar kita balik tu...hebat.

Oleh itu untuk tidak mahu rasa ketinggalan, saya cuba membuat eksperimen keatas gambar ini. Di dalam gambar ini saya menggabungkan 2 sofware adobe untuk menghasilkan teknik ini. Ianya bukanlah terbaik dan masih perlu diperbaiki lagi untuk menghasilkan gambar yang lebih halus seninya.

Oleh itu sayapun dah mula rasa tergian untuk mempelbagai dan mendalaminya lagi. Insyaallah di entry yang akan datang saya akan postkan hasil-hasil terbaru saya.