Pages

Tuesday, October 20, 2009

Pertunangan Liyana & Fakhzan

Destinasi kami kali ini adalah ke sebelah selatan. Kami telah di bekalkan dengan sebuah peta yang cukup detail sekali untuk ke sana. Petanya ala-ala gps malah lebih bagus dari gps mahupun dari jabatan pemetaan negara. Gerenti tak sesat punya.

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sana iaitu Taman Segamat Jaya. Perjalanannya tidaklah membosankan sangat sebab kami melalui kawasan kampung, pekan dan ladang kelapa sawit. Jalanrayapun agak lancar, cuma sesekali ada lori atau kereta yang bergerak ala-ala raptai hari kebangsaan.

Setiba kami di sana kami disambut mesra oleh Liyana. Kami dijamu makan tengahari...perghhh punya la sedap lauknya. Aku, Amer dan Effa apalagi makan le sampai kenyang.

Lepas puas menjamu selera terus saja kami ke bilik Pengantin dan mulakan tugas kami sebagai fotografer. Majlisnya berlangsung sederhana tetapi meriah dan lancar. Tepat jam 5 petang kami pulang.

Insyaallah bulan 3 tahun depan kami datang lagi sebagai OP untuk majlis perkahwinannya pula. Aminnnn.