Tuesday, December 18, 2012
Friday, December 7, 2012
Edly+Sue
Majlis yang berkonsepkan "Garden Night Wedding" ini sungguh meriah walaupun lokasinya bersebelahan dengan Stadium Bukit Jalil dan serentak dengan perlawanan Harimau Malaya vs Indonesia. Disepanjang majlis ini berlangsung hujan turun dengan renyai-renyai.
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Edly & Sue.
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Edly & Sue.
Monday, November 12, 2012
Fara+Hafiz
Majlis paling bersejarah bagi aku...sebab....outdoor photoshoot kali ini dilakukan di tempat aku mula dibesarkan, mula mengenal alam persekolahan iaitu stesen KTM Bahau. Terkedu sekejap bila aku jejak landasan keretapi disitu. Aku perhatikan sekeliling...mmg tak berapa cam dah cuma sebatang pokok jati besar kat situ yg aku rasa itulah pokok yg berhampiran dgn rumah aku dulu. Argghhh lupakan kisah silam aku, skang ni nak upload gambar perkahwinan pasangan Fara dan Hafiz.
Apa yang istimewa majlis kali ini ialah majlis pernikahan pasangan ini turut dihadiri bersama Dato' Mukhriz Mahathir dan isteri. Mereka ada kena mengena dgn pihak perempuan..takyah la citer lebih ye takut mereka tak izin plak.
Syukur hujan turun sekejap je sebelah petang, jadi dapatlah kami bergambar sakan di stesen bahau dan sedikit sawah bendang disebabkan waktu dah mula gelap.
Apa yang istimewa majlis kali ini ialah majlis pernikahan pasangan ini turut dihadiri bersama Dato' Mukhriz Mahathir dan isteri. Mereka ada kena mengena dgn pihak perempuan..takyah la citer lebih ye takut mereka tak izin plak.
Syukur hujan turun sekejap je sebelah petang, jadi dapatlah kami bergambar sakan di stesen bahau dan sedikit sawah bendang disebabkan waktu dah mula gelap.
Monday, November 5, 2012
Mari Belajar Photoshop
Dibawah ini adalah salah satu contoh gambar yang saya shoot tetapi hasilnya tidak memuaskan disebabkan oleh beberapa masalah teknikal pada ketika itu. Saya masih mahu menggunakan gambar tersebut, jadi dengan sedikit pengetehuan photoshop yang saya ada. Saya cuba untuk menaikkan kembali details, warna2 dan cahaya pada gambar tersebut. 100% photoshop. Lihatlah...jika kita punyai kemahiran didalam Adobe Photoshop...gambar yang layak kita deletepun masih boleh digunakan.
Thursday, October 25, 2012
Aerin+Deen
Pasangan pengantin kali ini ialah Deen dan Aerin iaitu adik kepada pelakon hebat dan berbakat iaitu Salina Saibi. Majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Masjid Cheras. dengan hanya sekali lafaz sah Aerin menjadi pasangan halal buat deen...Hehehe (bak kata tok kadi). Manakala majlis persandingannya pula berlangsung dengan cukup meriah dan turut dihadiri bersama iaitu Datuk Yusof Haslam dan isteri (gambar nanti upload kemudian). Pasangan ini sangat pandai memberi pose-pose yang menarik tetapi sayang sekali hujan tidak henti-henti pada hari tersebut dan membantutkan outdoor portraiture buat pasangan ini. Kami hanya sempat shoot beberapa keping sahaja gambar outdoor mereka. Tetapi hasilnya tidak mengecewakan kami.


Subscribe to:
Posts (Atom)