Seperti biasa saya dan Amer carpool ke Klang. Kali ini misi kami agak mencabar sebab 2 pengantin bersanding serentak di dalam Dewan Hamzah di Klang. Tetapi kami dibayar untuk mengambil sepasang pengantin sahaja iaitu adik kepada pengantin lelaki, Rosnazlina atau lebih mesra di panggil Lin. Saya kenal Lin melalu ofismate saya iaitu Aida, dulu mereka ni besfren.
Tiga tempat lokasi shooting kami iaitu rumah Lin, Dewan Hamzah dan last sekali di Tamam Botanic Klang tau bukan Putrajaya, pasal Putrajaya pun ada Taman Botani. Apa yang boleh saya rumuskan mereka ni best dan gila-gila. Masa dan cuaca agak cun sekali so kami boleh bergambar dengan senang hati sekali. Pengapitpun ikut sekali kami buat outdoor shooting.
Selamat Pengantin Baru buat Lin dan Shahir, moga panjang jodoh, murah rezki dan cepat dapat anak...hehehe.