Majlis Perkahwinan Asrie & Wannie adalah di Ulu Yam, rumah pengantin lelaki. Agak jauh ke dalam jugak rumah mereka. Aku dan partner aku Amer dari Kay Imagez telah bergegas ke sana seawal pagi lagi. Pada mulanya cuacanya agak baik tetapi bila sebelah petang hujan sudah turun.
Jadi agak terbantut sedikit perancangan awal kami untuk outdoor shooting kami. Banyak yang kami plan tak dapat nak buat oleh kerana cuaca dan masa yang agak suntuk dek kerana ramai tetamu yang datang tak putus-putus. Pengantin tak boleh nak lari untuk outdoor shooting.
Alhamdulillah akhirnya kami berjaya juga mengambil shot-shot yang menarik di atas sikap profesional pengantin ini. Tahniah buat Asrie dan Wanie moga panjang umur dan murah rezeki.